Pernah Jadi Musafir? Opkoz!

Posted on December 16, 2008 
Filed under Uncategorized

saLam ‘aLaik..

arini sy nak becerita pasaL soLat time musafir. ramai yang masih tak paham. ramai yg masih kompius. cmana nak soLat kaLau time musafir?

first of aLL, apa tu musafir? biLa kita Layak digeLar musafir? orang yang Layak digeLar musafir adaLah orang yg jarak perjaLannya ke satu destinasi Lebih daripada 88km. (biasanya orang akan kata Lebih daripada 90km) dan tidak Lebih daripada 3 hari berada di tempat tersebut. contohnya macam dari Kota KinabaLu ke Kundasang. tu dah Lebih 88km so consider as musafir.

ok! cmana nak soLat time musafir?

saya pernah berhadapan satu situasi. dia kata, dia dah soLat zohor. then, sepanjang perjaLanan, dia tak jumpa surau untuk soLat asar. sampaiLa masuk waktu maghrib baru dia jumpa masjid. so, dia terpaksa qadha’ soLat Asar yg dia tinggaLkan tadi.

di siniLah wujudnya kemudahan untuk orang yg bermusafir. ALLah sediakan untuk kita Qasar & Jamak.
Qasar - memendekkan rakaat time soLat.
Jamak - menghimpunkan/menggabungkan dua soLat fardhu. Jamak terbahagi dua. Jamak Taqdim & Jamak Ta’khir.

kompius? aLaaaa… reLaxLa. senang je ni.

Cmana nak pendekkan rakaat? soLat yg boLeh diQasarkan ada tiga. Zohor, Asar & Isya’. Disebabkan soLat2 ni ada 4 rakaat, maka dia boLeh dipendekkan menjadi 2 rakaat sahaja. kiranya ALLah bagi kita diskaun 50% Laaa.. tapi jangan puLak pandai2 kasi pendek soLat maghrib jadi 1 setengah rakaat pastu subuh pun korang kasi pendek jadi satu rakaat. Zohor, Asar & Isyak sahaja. OK?!

Cmana nak menghimpunkan/ menggabungkan soLat? SoLat yg boLeh diJamakkan, ada 2pasangan. Zohor dengan Asar, Maghrib dgn Isyak. itu saja. Andaikata masa korang sedang Jamak tu pada waktu zohor, itu dipanggiL Jamak Taqdim (awaL waktu). KaLau korang soLat tu pada waktu Asar, itu dipanggiL Jamak Ta’khir (akhir waktu). sama juga kesnya kaLau korang soLat time maghrib, dipanggiL Jamak Taqdim. KaLau time Isyak, dipanggiL jamak Ta’khir.

Ok! Cmana kita nak gunakan kemudahan Qasar dengan Jamak ni?

Senang jaaa.. Bayangkan korang dari Kota KinabaLu nak ke Sandakan. jaraknya Lebih kurang 330KM. korang bertoLak pukuL 11.30am dari rumah. pukuL 12.30 dah masuk waktu Zohor. so, korang singgah masjid nak soLat. korang boLeh gabungkan (Jamak) Zohor dan Asar. bukan setakat gabung, korang boLeh pendekkan (Qasar) soLat tu.

Contoh niat:

i. Sembahyang pada jamak qasar zohor + Asar ( Dihimpunkan pada waktu Zohor dipanggil Jamak Taqdim):
- Qasar Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Zohor:
Sahaja aku sembahyang fardu Zohor dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Asar secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.

- Qasar Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Asar:
Sahaja aku sembahyang fardu Asar dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Zohor secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.

**************************************************************************************

ii. Sembahyang pada jamak qasar Maghrib + Isyak ( Dihimpunkan pada waktu Maghrib dipanggil Jamak Taqdim):
* Untuk sembahyang maghrib, niatnya seperti niat jamak di bawah.. Kerana Maghrib tidak boleh di qasarkan. Sebab ianya 3 rakaat sahaja..
Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib tiga rakaat dijamakkan kepada Isyak sebagai jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.

- Qasar Maghrib + Isyak - Niat untuk sembahyang Isyak:
Sahaja aku sembahyang fardu Isyak dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Maghrib secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.

**************************************************************************************

iii. Sembahyang pada jamak qasar Zohor + Asar ( Dihimpunkan pada waktu Asar dipanggil Jamak ta’khir ):
- Qasar Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Zohor:
Sahaja aku sembahyang fardu Zohor dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Asar secara jamak ta’khir tunai kerana Allah Taala.

- Qasar Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Asar:
Sahaja aku sembahyang fardu Asar dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Zohor secara jamak ta’khir tunai kerana Allah Taala.

**************************************************************************************

iv. Sembahyang pada jamak qasar Maghrib + Isyak ( Dihimpunkan pada waktu Isyak dipanggil Jamak ta’khir ):
* Untuk sembahyang maghrib, niatnya seperti niat jamak di bawah.. Kerana Maghrib tidak boleh di qasarkan. Sebab ianya 3 rakaat sahaja..
Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib tiga rakaat dijamakkan kepada Isyak sebagai jamak ta’khir tunai kerana Allah Taala.

- Qasar Maghrib + Isyak - Niat untuk sembahyang Isyak:
Sahaja aku sembahyang fardu Isyak dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Maghrib secara jamak ta’khir tunai kerana Allah Taala.

**************************************************************************************

PRAKTIK jamak taqdim - Zohor+Asar
Dalam perjalanan:

1. Berwuduk
2. Berdiri mengadap kiblat.
3. Memulakan sembahyang zohor dulu dengan takbiratul ihram serta niat:
“Sahaja aku sembahyang fardu Zohor dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Asar secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.”
4. Sembahyang zohor 2 rakaat….
5. Salam dan selesai.
6. Berdiri, Iqomah (sunat sahaja),
7. Mula mengerjakan sembahyang Asar dengan takbiratul ihram serta niat:
“Sahaja aku sembahyang fardu Asar dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Zohor secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.”
8. Sembahyang Asar 2 rakaat…
9. Beri salam…. Selesai

p/s: kaLau ada soaLan, tanya. jgn diam2. maLu tanya kat sini, tanya kat emaiL. nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk.

semoga iLmu ni bermanfaat bagi korang.

Comments



8 Responses to “Pernah Jadi Musafir? Opkoz!”

  1.  aBduLLah on December 17th, 2008 5:36 pm

    Mmm.. sy tak ada nak tanya apa2.. cuma nak tambah satu pekara yg penting.. yg sLaLu org terLepas pandang Laa… tp ni La hakikat… ^_^

    tujuan musafir tu mesti Lah dgn tujuaan yg baik.. tujuaan yg tidak bercanggah dgn syara`.
    so, kaLau kata kita bermusafir sbb nak pi dating kee apa kee.. hukumnya kita tak buLeh buat soLat jama` dan qasar sbb kita bermusafir bukan dgn tujuan2 yg di benarkan syara`. sekian.. wassalam.

  2.  pepatung_jipun on December 17th, 2008 5:53 pm

    Assalamualaikum… saya ade 2 soklan berkenaan jama’ ni….

    1. bagaimana jika kita dah jama’ taqdim zohor asar, tp bile kite dah sampai kat destinasi, waktu asar x masuk lg… so nak buat camne? perlukah sy solat asar skali lg?

    2. pernah terngiang2 d telinga sy, berkenaan jama’.. seingat2 sy jama’ ni ada 3 jenis.. jama’ taqdim, jama’ akhir dan jama’ surii.. tp sy x brapa ingat lah berkenaan jama’ suri nii.. boleh tak cik tolong jelas kan?

    3. berkenaan yg cik tulis kat atas td, org yg tertinggal solat asar.. bile dia nak qada’ tuu, boleh tak die qasarkan solat asar tuu??

    thanks 4 letting me to ask..

  3.  Nadhirah on December 18th, 2008 5:18 pm

    makasey atas tambahan tu Encik aBduLLah a.k.a Firdaus.

    untuk pepatung_jipun, sy tau awk ni dah cukup hebat bab2 agama ni tapi saja nak uji saya. apa2 pun, saya jawab tapi kaLau ada kesaLahan, harap betuLkan. saya cuma kongsikan apa yg saya tau saja.

    soaLan:
    1) tak perLu soLat Asar sekaLi Lagi sbb dah Jamak.
    2) maaf.. sy tak pernah dgr Jama’ Surii.
    3) biLa nak Qadha’, tak boLeh qasarkan dah. kena soLat fuLL.

  4.  liza on December 19th, 2008 4:03 am

    salam..hanya tambahan ilmu..
    bagi mazhab syafie bila musafir itu samapi di rumah,musafir itu tidak boleh solat Qasar.

  5.  pepatung_jipun on December 21st, 2008 9:42 am

    assalamualaikum.. nope.. bukan nak menguji saudari… juz wanna kongsi2 dan kite same2 perah otak tuk cari the answer…dont be mad…. and, sy xlah cukup hebat.. b’coz. sy mmg serius nak tanyer… harap saudari jgn lah marah k..

    dan saudari liza.. kalau sampai d rumah, musafir xleh solat qasar kan? erm.. maksud saudari tuu kat rumah kat destinasi ker atau rumah sendiri? setahu sy kalau sampai kat rumah sendiri mmg la dah x boleh qasarkan solat ye tak? tp kalau da sampai kat destinasi camne pulak ek? boleh solat jama’ qasar ker? atau jama’ qasar ni mase dalam perjalanan jer? hmm.. juz wanna know.. and i’m really2 confius ’bout it.. wassalam..

  6.  pepatung_jipun on December 21st, 2008 9:49 am

    assalamualaikum..

    dan 1 lagi la buat saudara abdullah… hmm… berkenaan tujuan tu.. bagaimane jike awal tujuan tuu baik, tapi mase da sampai kat destinasi tu, die berubah jd x baik? maksud sy, niat tuu berubah tibe2 nak berdating? jama’ qasar masih boleh d buat ke tak?

    wassalam..

  7.  Nadhirah on December 21st, 2008 6:02 pm

    wa’aLaikumuSsaLam~
    hehe..

    pepatung_jipun: kaLau sampai umah sendiri mmgLa bukan musafir dah kan. takLeh dah guna kemudahan Jama’ & Qasar tu. tapi kaLau destinasi tu bukan umah kita, dan kita stay kat tempat tu daLam keadaan musafir tidak Lebih dari 3 hari, kemudahan tu masih boLeh guna.

    soaLan kedua tu kena minta encik AbduLLah jawabLa. (^_^)
    cuma, kaLau sepanjang perjaLanan tu niat dia baik, guna jeLa kemudahan tu. biLa dah sampai destinasi baru dia berubah niat, sebaiknya betuLkan baLik niat tu. tapi kaLau tak betuL2 jugak, soLat jeLa mcm biasa. Lagipun dah sampai ke destinasi kan.

    ada apa2 tambahan, siLakan. sy cuma bgtau apa yg sy tau.

  8.  Redzuan on January 15th, 2009 4:03 am

    assalamualaikum
    Syukran atas ilmu yang dikongsikan
    kalau ada maklumat terbaru kirim pada saya
    salam ukhwah….

Leave a Reply