aSrama, maruah & rogoL
15 Oktober 2008
Di saLah sebuah koLej kediaman gedung menimba iLmu, kedengaran kunci diseLuk masuk ke daLam tomboL pintu. kunci dipuSing2 beberapa kaLi namun pintu tetap tidak terbuka. menyangka itu adaLah kawan serumah, penghuni rumah yg sedang berada di daLam biLik membuka tomboL pintu tersebut. tiba2 kedengaran satu suara. dan suara tersebut adaLah miLik seorang LELAKI.
“eh, ada orang!” kata LeLaki tu..
penghuni biLik segera menutup & mengunci pintu apabiLa terkejut mendapati ada LELAKI DI ASRAMA PEREMPUAN! apa kejadahnya?? LeLaki tu kata, dia nak paSang Langsir baru di biLik. dia masuk ke daLam rumah menggunakan kunci pendua yang ada di HEP. menggunakan waras akaL, penghuni rumah menghaLau LeLaki tersebut keLuar. nasib baik Laki tu keLuar jugak…
ini kaLi kedua benda ni terjadi di rumah yang sama. nasib baik masa tu saya takda kat situ. kaLau ada, saya panaskan seterika & baLing kat muka dia. AKAL di mana?? masuk rumah perempuan sesuka hati? otak manusia bukannya otak binatang! Lepas dengar aduan tu, saya tuLis surat kepada penyeLia asrama & buat saLinan terus kepada TNC HEP. (kaLau korang nak baca surat tu, siLa emaiL saya. nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk)
daLam surat tu, saya CADANGKAN supaya makLumkan kepada penghuni sekiranya ingin membuat pembaikan atau pemeriksaan pada rumah. makLumkan meLaLui teLefon atau notis depan pintu atau seLitkan nota di bawah pintu seminggu sebeLum masuk daLam rumah. ini CADANGAN saya. CADANGAN.
………………………………………………………………………………………..
16 Oktober 2008
penyeLia asrama tu teLefon saya. saya tuLiskan baLik diaLog kami. tapi mungkin ada sikit berbeza sbb saya tak dapat ingat sebutir2 percakapan dia.
Nadz: heLLo
P.A.: heLLo. kamu Nadhirah?
Nadz: ya
P.A.: kamu student ka?
Nadz: tidakLah. sy kerja suda.
P.A.: kerja d mana?
Nadz: kamu ni siapa?
P.A.: saya **** kamu ada tuLis surat untuk saya.
Nadz: owh. iya. jadi?
P.A.: kami akan ambiL makLum perkara ini & akan mengambiL tindakan cuma akan mengambiL masa yang Lama.
Nadz: oo.. aaa..
P.A.: kenapa kamu terus buat saLinan ke TNC?
Nadz: itu kan prosedur biasa
P.A.: iya.. memangLah prosedur biasa tapi nanti siapa yg kena? bukan kamu kan? saya yang kena. kamu sepatutnya bincang dengan saya. kamu buat seoLah2 asrama ni tiada pejabat.
Nadz: mbah
P.A.: perkara ni bukan senang. kamu Laporkan kerosakan, kami kena makLumkan pada ***. Lambat prosesnya. biLa tukang kasi baik tu datang ke sini, takkanLah kami nak makLumkan pada penghuni seminggu sebeLum seperti apa yg kamu cadangkan daLam surat tu? Lagipun, kami tidak ada semua nombor student yang tinggaL di sini. mcamana kami mau contact? (dia cuba mencari keLemahan daLam cadangan tu. namanya pun cadangan, ubahLah ikut kesesuaian pihak kamu)
Nadz: ok, kaLau kamu tidak ada semua nombor teLefon student, sebahagian daripada yg kamu ada tu, kamu teLefon atau tidak? tidak kan?
P.A.:: tidak.. kami tidak teLefon. siapa nama penghuni rumah tu?
Nadz: itu tidak penting. yang penting skrgni, kamu ambiL tindakan.
P.A.: penting. manaLa tau nombor teLefonnya tiada dgn kami skrg. boLeh saya minta. saya mau cek rekod kami. jadi kaLau ada apa2, kami boLeh makLumkan.
Nadz: tidak apaLa. sy tak mau dedahkan nama dia. bahaya. kamu bagi notis saja.
P.A.: saya bukan mau apa2 kan dia. kamu ni orang mana? smnnjg?
Nadz: tidakLah. bukan org smnnjg. apa rasionaLnya kamu mau nama dia? adakah apa2 akan berubah?
P.A.: memang tiada rasionaLnya… (dia tediam seketika) tapi.. iyaLah.. siapaLa saya ni.. saya mau buat kerja saya saja. kamu repot ke TNC. (dia mengeLuh). saya bukan mau cari gaduh. duLu saya pernah begaduh dgn peLajar jugak. (kata2 dia ni menguatkan sy supaya jgn dedahkan nama mangSa). kaLau kamu kata saLinan kepada TNC tu adaLah prosedur, saya minta nama dia juga adaLah prosedur.
Nadz: saya duLu pernah kena benda yg sama. masa tu saya tinggaL di ******. saya Laporkan kepada penyeLia asrama d sana. tidak ada hitam putih. tapi bendatu tetap beruLang skrg. dan sudah beruLang DUA KALI di rumah yang sama. kita bercakap soaL maruah dan sy sgt marah!
P.A.: iya kami akan ambiL tindakan. tapi kaLau kamu tidak mahu bagi kerjasama, bagus kamu keLuar daripada asrama tu..
Nadz: (ugutan ka ni? masani muka sy trasa panas sgt2) ooo… mm.. nntLa sy tanya adik saya samada dia mahu sy dedahkan atau tidak nama dia. nnt saya contact kamu baLik.
P.A.: tidak.. kamu bagiLa nama dia skrg.
Nadz: saya akan bagi Lepas saya tanya adik saya.
P.A.: kenapa jugak kamu mau berahsia dengan saya?
Nadz: kaLau kamu paksa saya begini, sampai biLa pun kita takkan berenti bercakap. sy takkan bgtau seLagi beLum mendapat izin daripada adik saya.
P.A.: kamu orang Sarawak kan?
Nadz: tidakLah saya dan adik saya org Sabah.
P.A.: kaLau org Sabah, tak payahLa tinggaL asrama. keLuar saja (sLow suara dia cakap bendani)
Nadz: iya? mbah.. okLa. kaLau kamu mau dia keLuar pun ndapaLa. sekurang2nya kamu boLeh gunakan cadangan saya tu untuk Lindungi student2 dari semnnjg tu. (saya terasa hati muLai membakar. otak mengeLuarkan kata2 kesat. sabar)
actuaLLy ada Lagi intipatinya tapi panjang puLak kaLau nak tuLis semua. dia saLahkan saya sbb membahayakan kerja dia dgn memakLumkan terus kes ni kepada TNC. saya buat mcmtu, sbb duLu saya dah pernah kena & saya tak makLumkan pada TNC. apa jadi? benda ni TETAP & MASIH beruLang setiap tahun! takkan nak tunggu sampai ada kes rogoL baru nak report? menggadaikan maruah namanya tu.
bayangkan seorang wanita IsLam yg cukup menjaga maruahnya berpandukan Quran. keLuar rumah pakai tudung tutup segaLanya. aurat terjaga. takkan di rumah pun nak tutup semua? tiba2 seorang LeLaki menceroboh masuk ke rumahnya (yang dibayar setiap semester) daLam keadaan dia tidak bertudung & tidak menutup aurat. tak kesian ka? apa akan jadi kaLau gadis tu memang dikurniakan kecantikan wajah & tubuh? tak tergugat ka Laki tu? kes ni dah terjadi kat seLuruh negara. semuanya bermuLa dari sifat endah tak endah pihak pengurusan. si gadis cukup menjaga keseLamatannya. aurat tertutup, rumah kunci, biLik kunci. tapi disebabkan kesaLahan org Lain, maruahnya tergadai.
kes ni kaLau saya perbesarkan, boLeh kena saman berjuta2!
think twice.
fiLem KAMI. iman dah iLang!
PukuL 9.20pm, kami bertiga muLakan marathon movie dengan FiLem KAMI. Then, 11.30pm kami tamatkan marathon dengan fiLem EagLe Eye. sampai rumah pukuL 1.30am. sorry for the behaviour… =)
saya nak buat uLasan dengan fiLem KAMI. kaLau nak compare fiLem MaLaysia dgn fiLem omputeh mmgLa tak boLeh. JAUH sgt taraf & jaLan ceritanya. so, daripada buang masa kritik itu ini, baik saya uLas fiLem ni secara kesimpuLannya. bukan secara keseLuruhannya sbb sy bukan pakar fiLem. taktau apa2 pasaL perfiLeman.
skrip & Lakon Layar KAMI mmg baik. memang kisah remaja yang suka dgn band band underground, yang ada masaLah dengan famiLy, yang kurang hormat mak bapak, yang tak pegang kuat dengan kepercayaan kepada Tuhan atau Lebih tepat Lagi ALLah sebab dorang semua tu IsLam. OK! saya ada tengok satu cerita. Lupa tajuk dia. tapi mesej dia ni best sangat untuk kita renungkan.
sorang Laki ni duLu sangat kaya. Lepas istri dia mati, ditakdirkan, dia jatuh miskin. habis semua harta dia iLang. rumah dia diLeLong beserta segaLa isi rumahnya. dia takda rumah tapi ada anak. dia takda kerja tapi perLu tanggung anak dia. nak dijadikan cerita, dia TERPAKSA jadi pemungut sampah. mencari tin-tin aLuminium daLam tong sampah untuk dijuaL. dia buat kerja ni bersama seorang makcik. satu hari makcik ni cakap kat dia (Lebih kurang begini bunyi diaLognya):
Makcik: berehatLah. jgn kerja kuat sgt.
LeLaki: tak boLeh makcik, sy kena kerja. sy kena keLuar dari kemiskinan ni
Makcik: kamu mintakLah pada ALLah.
LeLaki: Lambat sangat makcik…
Makcik: ituLah kata2 orang yang tak beriman.
Ditakdirkan, beberapa hari seLepas tu, dia terjumpa dengan kawan Lama. kawan tu kata, rumah & segaLa isi rumah yang diLeLong tu berjaya mengumpuLkan RM100,000. nampak tak? TIDAK ADA YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH. LeLaki tu kata Lambat kaLau mohon pada ALLAh. Lambat ka? tak pun. sekeLip mata ja kaya.
BerbaLik kepada fiLem KAMI, budak2 ni ada yang jadi drug pusher, ada yang suka tumbuk org, ada yg pernah jadi drug pusher & dah dipenjarakan. macam2 karenah. macam2 tabiat. masa tengok fiLem ni, satu ja daLam kepaLa saya. MANA IMAN KAMU? biLa ayah panggiL, dia buat taktau ja. bapak pun sama. dayus. tak tegas. tak praktikkan IsLam Langsung. biLa rasa tertekan, biLa rasa streSs, biLa rasa ditindas, muLaLa ambiL dadah nak bagi tenang jiwa kononnya. muLaLa isap rokok. berikan saya daLiL. tunjukkan saya bukti. di mana kebenarannya kaLau ambiL dadah & isap rokok tu hati akan jadi tenang. mana? MANA??!!!!
daLam Qur’an ada daLiL nyata.
“KETAHUILAH, DENGAN MENGINGATI ALLAH ITU TENANG TENTERAMLAH HATI MANUSIA”
(13:28)
jangan jadi orang tak beriman. nak masuk neraka ka? saya tauLah kita semua ni manusia akhir zaman. tak Lari dari dosa. tapi kan Lebih baik kita berusaha untuk mengeLak daripada ambiL remeh benda2 kecik macamtu. dah dapat tubuh yg sihat, buat apa kita zaLimi? dah dapat tubuh yg sihat, beribadahLah seLagi punya masa. kuatkan keyakinan pada ALLah. YAKINLAH PADA ALLAH. mintakLah pada ALLah. bukan pada dadah atau rokok.