Surat Terbuka Untuk PM

Kehadapan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah), Perdana Menteri Malaysia. Diharap agar surat terbuka ini menemui Pak Lah dalam keadaan yang sihat sejahtera. Didoakan juga agar Pak Lah sentiasa berada di bawah payungan Rahmat dan sinaran Hidayah Allah S.W.T.

Surat terbuka ini dilayangkan khusus buat Pak Lah selaku pemimpin nombor satu negara, dengan hasrat untuk menyampaikan suara anak muda – khususnya para pelajar Islam di negara ini – berkaitan dengan isu-isu semasa yang melatari suasana dalam negara pada hari ini. Apa yang kami ingin sampaikan adalah merupakan suara hati kami yang tulus ikhlas ingin melihat nasib umat terbela, serta masa depannya terpelihara. Kami meletakkan harapan tinggi, bahawa selaku Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah akan memberikan perhatian yang sewajarnya dan mengambil tindakan serius terhadap perkara yang kami utarakan.

Untuk makluman Pak Lah, kami berasa terkejut dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Datuk Seri Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) bahawa kuota biasiswa untuk pelajar bukan bumiputra dinaikkan daripada 10% kepada 45%. Kami bukanlah ingin menafikan hak pelajar bukan bumiputra untuk mendapatkan biasiswa. Malah, kami juga menyokong dan bersetuju bahawa pelajar bukan bumiputra harus diberikan perhatian dan pembelaan yang sewajarnya.

Namun, bak kata pepatah Melayu, “kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”. Kami melihat keputusan itu akan memberikan kesan yang negatif kepada pelajar bumiputra. Pelajar bumiputra adalah penduduk majoriti di negara ini, maka adalah wajar kuota biasiswa untuk pelajar bumiputra diberikan lebih banyak daripada pelajar bukan bumiputra. Malah, hak-hak keistimewaan Melayu juga telah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Kami khuatir bahawa pelajar bumiputra, khususnya Melayu, akan semakin terpinggir. Kita perlu menyedari realiti bahawa terdapat lebih ramai pelajar bumiputra yang kurang berkemampuan jika hendak dibandingkan dengan pelajar bukan bumiputra. Akhirnya, kesukaran mendapatkan biasiswa akan menyebabkan pelajar bumiputra semakin terpinggir dan keadaan ini pastinya akan menjurus kepada ketidakseimbangan sosial.

Justeru, kami memohon agar Pak Lah mengkaji semula keputusan untuk menaikkan kuota biasiswa kepada bukan bumiputra dengan mengambil kira impak dan kesan jangka panjangnya kepada nasib umat, bangsa dan negara.

Selain daripada isu tersebut, kami juga ingin menyatakan rasa kesal, sedih dan kecewa kami terhadap keputusan kerajaan menaikkan harga petrol daripada RM1.92 selitar kepada RM2.70 seliter. Kenaikan mendadak tersebut telah menghadirkan rasa panik di kalangan masyarakat. Kami berasa sedih kerana rakyat telah dibebankan dengan bebanan kewangan yang tidak sepatutnya diberikan kepada rakyat. Sebagai sebuah negara pengeksport minyak, seharusnya rakyat negara ini turut sama berkongsi nikmat daripada hasil negara.

Kami ingin menyatakan kepada Pak Lah bahawa rakyat sangat-sangat terkesan dengan kenaikan harga minyak. Adalah hampir mustahil kenaikan harga minyak tidak akan diiringi dengan kenaikan harga barangan yang lain, seperti bahan makanan dan keperluan harian. Kelompok rakyat miskin pastinya akan mengalami kesan yang sangat teruk dengan keadaan tersebut. Kalau benarpun kenaikan harga minyak ini sesuatu yang kerajaan ‘terpaksa’ lakukan, maka kami memohon pemimpin-pemimpin negara ini dengan diketuai oleh Pak Lah untuk bersama-sama rakyat ‘memikul’ beban terhadap kenaikan minyak ini.

Di kesempatan ini, kami ingin menyeru kepada Pak Lah supaya mengambil langkah-langkah yang serius dan benar-benar ‘mesra rakyat’ bagi memastikan supaya rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga minyak ini. Jika benar kerajaan tidak mampu untuk menurunkan harga minyak, maka kami menyeru agar Pak Lah mengambil tindakan-tindakan lain seperti menaikkan gaji minimum pekerja, menurunkan harga barangan keperluan asas, memberikan pendidikan dan rawatan kesihatan percuma, dan sebagainya. Untuk menampung kos-kos pentadbiran negara, kami mencadangkan agar elaun para menteri dipotong, dan segala projek-projek yang telah dirancangkan dinilai semula dari segi keperluan dan manfaatnya kepada rakyat negara ini seluruhnya.

Kami sangat-sangat berharap agar Pak Lah dapat menimbang secara serius apa yang kami kemukakan ini. Kami bukanlah mengharapkan apa-apa imbuhan, dan kami juga tidak punya apa-apa kepentingan politik. Apa yang menjadi harapan kami cuma supaya umat mendapat pembelaan yang sewajarnya. Kami mendoakan agar kita semua dapat bersama-sama memainkan peranan kita dan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita dengan sebaik-baiknya.

Sekian, terima kasih.

LeLaki itu menangis…

Saya yang perasan sibuk muLa menuLis..

SToRY 1

pukuL 11pm. handphone berbunyi berkaLi2 tapi saya cuma sedar pada caLL yang keempat. dengan suara sarut & kepaLa yg berbinar & tanpa sempat meLihat pada skrin siapa pemanggiLnya, saya cakap: "mmmm… ya?"
caLLer: asSaLamu’aLaikum nad! kau tidur ka suda?
me: (pukuL 11 ba suda ni. bonus jugak soaLan tu!!) wa’aLaikumussaLam. siapa ni?
caLLer: aku ni *****. kau nda save numberku?
me: ooOoo~ hp saya reformat aritu. iLang smua number. napa kau caLL ni?
caLLer: kau sihat ka nad?
me: aLhamduLiLLah~ saya mau tidur ni. kenapa kau?
caLLer: nad… aku mau meLuah ba ni nad (suara dia tersekat2 antara mau & tidak)
me: kenapakan?
caLLer: aku putus….
me: eh? apa yg putus? kau putus apa? (hehe.. soaLan ntah hape2)
caLLer: aku putus sama cewekku nad… kecewa aku ni… natau mau buat cemana ni. kau mesti toLong aku nad.. aku… ish… ndatau camana Lagi mau cakap…
me: wooOoaahh! cmana boLeh putus? berapa Lama suda kamu bersama?
caLLer: (dia ceritaLa kisahnya)

cuma, part yang saya nak tekankan tu adaLah part yang ini:

caLLer: dia ada LeLaki Lain. aku sudah cakap sama LeLaki tu suruh jaga dia baik2
me: pandai jugak kau kawaL emosi aa..
caLLer: nad, kaLau aku ni tidak kuat agama, kaLau aku ni nda waras, kaLau aku ni tiada kawan & pertimbangan, mLmtu jugak aku baLik Sabah, TEMBAK kepaLa diorang satu2. (caLLer adaLah seorang poLis). tapi nasib baik aku sabar. kaLau nda, mmg mati suda tu aku BUNUH! (Lepastu dia nangis….. nangis sepuasnya….)

dua point saya:
1) Seorang poLis LeLaki menangis.
2) tersentak biLa kawan sendiri hampir jadi pembunuh


SToRY 2

Lepas baLik dari pejabat, saya cadang singgah kat Giant. nak beLi barang keperLuan sikit. saya siap shopping daLam pukuL 6pm waktu Sabah. kaLau kat semenanjung, keadaan pada waktu tu sama macam pukuL 7pm. bayangkan suasana & kecerahan Langit pada waktu macamtu. (dah siap bayangkan? kaLau beLum, jangan baca perenggan kat bawah. dah siap bayangkan baru baca. hehehe)

saya sorang2. angkat 2beg pLastik besar. sebeLah tangan kiri, sebeLah tgn kanan. di situLah kunci, di situLah handphone, di situLah purse. kaLau orang nak samun, senang je. tapi itu bukan ceritanya. dah sumbat barang2 daLam kereta, saya masuk & seperti biasa, sebeLum start engine, saya akan kunci pintu.

saya pun toLehLah ke kanan nak tekan butang kunci… woOoOaaAaahHHh!!!!~ tiba2 muncuL muka sorang Laki daLam Lingkungan 36tahun di cermin. dengan muka terkejut, saya tgk muLut dia yang tgh terkumat kamit cakap sesuatu. muLut dia mengisyaratkan yang dia nak minta duit RM1. korang tau tak keadaan LeLaki tu cmana? janggut & misai tercukur rapi, rambut dipotong aLa2 mawi, di muLutnya ada sebatang rokok yg dah dihisap tinggaL separuh, gigi bersih, pakaian bersih & berseLuar pendek. (seLipar dia saya tak terpandang puLak) susuk tubuh masih mantap & smart. orang macamtu MINTA DUIT??!! LOGIK ka???

saya geLeng kepaLa menandakan saya taknak bagi duit & terus reverse kereta sambiL meLemparkan senyuman seikhLas mungkin kepada dia. dia cuba untuk baLas senyuman tu tapi tak mampu. saya taktau kenapa. nemo car terus meLuncur Laju meninggaLkan LeLaki tu.

My point:
1) saya mmg takkan bagi duit pada orang yang boLeh berusaha mencari duit dengan kudrat yang ada.
2) LeLaki tu mungkin ada niat JAHAT pada awaLnya tapi disebabkan saya masuk kereta terLaLu cepat & kunci pintu dengan pantas, dia tak sempat nak masuk daLam kereta & cuba ‘cover Line’ dengan membuat taktik hampeh tu. (terima kasih kerana masih meLindungiku Ya ALLah)


SToRY 3


"
kesihatan kita pada masa muda, kita habiskan dengan mencari duit untuk digunakan bagi mengembaLikan kesihatan tersebut di masa tua keLak" korang setuju? ni akibat kerja makan gajiLa ni. keLuar rumah awaL pagi, baLik Lewat mLm sbb buat OT. sabtu ahad, ada yang berfoya2, ada yang berdakwah.

saya ada dua impian:
1) nak duit untuk reaLisasikan rumah anak yatim HOME-WADAH
2) nak hapuskan hutang piutang mak abah

My Point:
1) mari merancang untuk berniaga sbb saya dah muLa
2) hargai kesihatan semasa muda agar tak perLu dicari semasa tua

[[[semua orang yg pandai membaca adaLah orang yang bijak. tetapi mereka jadi bodoh dengan perkara yang dibacanya]]]