Pursuit Of HappyneSs~

Siapa pernah tgk cerita ni? Mesti ramai yang dah tgk kan? mmg betuL macam apa yang ayuSz & Aida kata, u can feeL da sadneSs, da struggLe & most important thing: da happineSs!~

Masa matriks duLu, saya ada sorang kawan. A guy. sangat kurus & b’kuLit geLap. there’s sumting about him dat make me wanna know him deeper. u can tell from the look of his eyes. macam remaja biasa, dia happy & aktif dalam persatuan. loves joking around. tapi rupa2nya dalam kegembiraan dia tu, ada something yang dia sembunyikan. saya rasa cerita Pursuit of HappyneSs tu suits him!!

dari kecik, kuarga dia sentiasa ada masaLah kewangan. so, baLik ja dari sekoLah, dia mesti toLong2 parents dia kerja. kerja bawah terik matahari buat kulit dia terbakar. ada satu ketika, masa dia tgh kerja, terserempak dgn sorg kawan. as a friend, mestila kita tegur kawan kita tu kan. dia pun tegurla tapi kawan tu kata: "siapa kau? aku nda kenal kau.." condition dia masa tu boleh membuatkan kawan pun taknak mengaku kawan. masyaALLah~

ditakdirkan, dia dapat masuk matriks. elaun kita satu semester RM1000 kan? kebanyakan duit tu dia hantar pada family sbb mak dia sakit. kos perubatan tu ayah dia tak dapat tanggung jadi dia cuba bantu. saya kesian sgt tgk dia. dahla kurus. duit pun takde nak makan. tiap2 hujung minggu,kalau ada rezki lebih, saya akan bagi dia separuh daripada stok bekaLan yang saya ada. at least, biarla dia rasa masih ada yang pedulikan dia. pernah satu ketika dia pinjam duit dari saya. susah jugak saya nak bagi tapi bila lagi nak tolong orang kan. i trust him & he still appreciate it till now. akhirnya dia dapat masuk universiti. masa kat univ, dia berniaga untuk tanggung kos kehidupan dia kat sana. disebabkan laut cina selatan memisahkan kami, jadi saya tak dapat nak tolong dia apa2. dia pernah cerita, dia hanya ada 50sen untuk seminggu sbb perniagaan tak laku. lelaki ini sungguh tegar!! dipendekkan cerita, kehidupan dia mmg selalu diuji. tapi dia tak pernah putus asa pada ALLah sampaila dia GRADUATE. saya kagum!

yang paling mengagumkan saya, pada usia yang sama dengan saya, dia dah jadi bos. ada driver! ada bodyguard lagi. fuh!~ gaji sebulan seorang yang ada ijazah patut dapat hanya sekitar 1000-3000 tapi dia dapat 100K sebuLan. what can u say about that? nampak sangat keadiLan ALLah. dari kecik dia hidup dalam kesusahan tapi sekali ALLah nak bahagiakan dia, semua dia dapat. yang paling best, dia akan p umrah bulan puasa ni dengan bos dia. rezeki.. rezeki..

When u have a dream, protect it!

Never Let anyone teLL u, u can’t do it!

AmaLan pada maLam nisfu Sya’ban

Jom amaLkan sama2!!

AMALAN PADA MALAM NISFU SYABAAN:

Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN. Dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah, lalu berdoalah. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan minta mati dalam iman, lalu dibacakan doanya.

Pada malam Nisfu Sya’aban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.

(Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.

Memohon keampunan dua ibubapa,

Maksudnya: YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL.

Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang)

Maksudnya: AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA.

Membaca: (beberapa kali - pahala seperti ibadat seribu tahun).

Maksudnya: TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA, DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP TEGUH DI ATAS TAUHID, WALAU PUN MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR.

Membaca Al-Qur’an.

Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu)

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong.

Membaca Solawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali pagi dan petang.)

Membaca Zikrullah: (100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.)

Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, sunat Dhuha, Sunat mengiringiFardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon sesuatu hajat.

HOME-ABIM

SaLam’aLaik buat sidang pembaca.

Pernahkah anda terfikir untuk mengadakan ziarah ke rumah orang-orang miskin di sekitar tempat tinggal anda? atau anda mungkin pernah terfikir tentangnya cuma belum berkesempatan untuk memulakan niat murni tersebut. Sesusah-susah kita, masih ada yang lebih susah. how do i know? because u guys can read this. which means u have an access to an internet. tapi orang yang miskin & susah tu?

Sebenarnya kan, tak semua rumah kat pedalaman tu susah sehingga pendapatan kurang daripada taraf hidup yang dah ditetapkan. Tapi ada sesetengah penghuni sebuah rumah, terdiri daripada anak-anak kecil yang masih bersekolah & dijaga oleh nenek atau datuk mereka yang sudah pun uzur. kebanyakan anak-anak ini ditinggalkan oleh ibu bapa mereka yang pergi mencari wang kononnya untuk menyara anak-anak yang telah mereka "hasiLkan" ni. tapi tak semua daripada ibu bapa ini menjalankan tanggungjawab mereka. bayangkanla kanak-kanak yang dibiarkan tu. mampukah nenek atau datuk mereka menyekolahkan mereka sebaiknya? mampukah mereka diberi kehidupan sperti kanak-kanak yang lain? situasi seperti inilah yang patut kita ambil berat selaku jiran tetangga.

WADAH mula membuka ruang kepada anak-anak ini untuk diberi peluang pendidikan yang sempurna, diberi suasana kondusif untuk membesar dengan lebih ceria tanpa perlu risau mencari sumber pendapatan harian. WADAH sedang dalam usaha untuk membina sebuah rumah perlindungan untuk anak-anak miskin, anak-anak yatim & muallaf yang berusia 7-17 tahun. Tanah sudah pun dibeli namun kos pembinanaan rumah tersebut amat mahal & akan memakan masa yang lama untuk membinanya. sebagai langkah permulaan, dicadangkan agar WADAH membeli sebuah rumah dua tingkat. rumah yang disasarkan telah pun dibeli sebulan lalu. kini WADAH dalam proses mencari rumah yang berpotensi. ini termasuklah dari segi kemudahan air, elektrik, sekolah, kawasan rekreasi & kedai runcit.

kini WADAH masih memerlukan dana yang besar untuk merealisasikan impian anak-anak malang ini. TAHUKAH ANDA? salah satu cara untuk mendapatkan pahala yang takkan putus? menderma kepada rumah-rumah perlindungan. kita akan mendapat pahala walaupun setelah kita menginggal dunia selagi mana rumah-rumah perlindungan itu masih didiami. bukankah itu satu peluang yang semua org inginkan? marilah kita bersama-sama menderma kepada rumah perlindungan yang akan dikawal selia oleh WADAH dengan kerjasama MUIS & Pusat Zakat. untuk sebarang pertanyaan atau sumbangan, sila hubungi:

Nadhirah Sainuri  0198301001

nadhirah_sainuri@yahoo.co.uk