KES tidak beretika

Seorang adik melaporkan sesuatu yang bagi saya perbuatan itu keluar daripada etika kemanusiaan. Adik yang sedang menjalani praktikal di Bahagian Kecemasan di salah sebuah hospital kerajaan, menyaksikan dengan matanya sendiri kejadian berikut:

KES 1: Dari jauh, dia terlihat seorang remaja lelaki sedang mengerang kesakitan minta dirawat. Adik menuju ke arahnya lalu ditanya, “kamu sakit apa?” remaja itu mengadu perutnya sakit. Apa yang dimakan semua dimuntahkan kembali kerana perut tidak dapat menerimanya & bau sendawanya berbau racun. “Saya sudah pergi sini tahun 2005. Doktor buat x-ray,” tambahnya lagi. Adik segera mendapatkan doktor, “kenapa budak tu tidak dirawat?” Namun soalan itu hanya dijawab oleh doktor pelatih, “dia tiada kad pengenalan. Pendatang.”

KES 2: Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an datang dalam keadaan sakit. Jari telunjuknya hancur akibat dihempap objek yang berat. X-ray dijalankan lantas doktor bertugas berkata, “bagi dia ubat & balut lukanya.” Adik mengambil keputusan x-ray tersebut dan lihat dengan teliti kerana mustahil jari yang hancur itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Adik mendapati terdapat keretakan pada hujung jari pesakit lalu melaporkan pada doktor namun tidak dipercayai. Adik meletakkan keputusan x-ray tersebut di skrin cahaya dan sekali lagi menunjukkan kawasan retak tersebut. Doktor berkata kepada doktor pelatih, “ya, retak. Bawa dia ke wad.”

KES 3: Seorang remaja lelaki yang terlibat dalam kemalangan jalan raya koyak di bahagian kepala. Dia mengalami kesakitan yang teramat. Tetapi lelaki tersebut dibiarkan dalam tempoh yang lama. Adik mendapat tahu lelaki itu tidak mempunyai kad pengenalan. Oleh kerana tidak tahan melihat kejadian tersebut, adik melaporkan pada seorang jururawat untuk dimaklumkan kepada doktor bertugas. “Doc, patient in pain.” Doktor tersebut mengarahkan seorang pelajar perubatan tahun 3 untuk menjahit kepala pesakit. Pelajar itu sedang menjalankan praktikal dan tidak pernah menjalani sebarang latihan menjahit luka parah.

KES 4: Seorang pesakit yang stabil di pembaringannya tiba-tiba mengalami kejutan. Mesin yang mengesan nadi menunjukkan bacaan satu garis lurus. Doktor mengarahkan adik membuat CPR ke atas pesakit tersebut. Setelah berusaha memerah semua tenaga, pesakit tersebut akhirnya meninggal dunia. Aik menyaksikan ahli keluarganya meraung dan menangis dalam kesedihan.

Kesimpulan daripada keempat-empat kes tersebut:

KES 1: Semasa pesakit pergi ke

sana

pada tahun 2005, x-ray dijalankan namun keputusannya langsung tidak diberitahu & ubat pun tidak diberikan. Kemungkinan besar perut pesakit sudah luka parah dalamannya akibat ulser. Bukankah ini satu kekejaman?

KES 2: Doktor tidak mengambil berat keputusan x-ray yang dilihatnya dan menggunakan kuasanya untuk menafikan keputusan tersebut. Setiap pesakit memberi khidmat kepada Negara dengan kemampuan mereka. Mengapa hak mereka dipertikai?

KES 3: Hak pendatang asing dinafi. Mereka dilayan seperti binatang!

KES 4: Sebenarnya sudah menjadi trend di

sana

. Doktor hanya melihat pada luaran pesakit secara simptomatik. Dalaman diabaikan. Pesakit yang meninggal itu sebenarnya mengalami kecederaan dalaman namun dipandang sebelah mata & hanya diberikan ubat tahan sakit supaya dia tidur.

Kepada semua bakal-bakal doktor, tolong elakkan etika yang tidak bermaruah ini. Selaku doktor, anggaplah semua pesakit itu sebagai ayah, ibu, kakak, abang atau adik anda. Sanggupkah kamu menyeksa mereka sedemikian rupa? Kepada kerajaan, tolonglah naikkan gaji para doktor kerajaan. Mereka mungkin bersikap demikian kerana usaha mereka tidak setaraf dengan gaji yang diterima. Walau apa keadaan sekalipun, rawatlah semua pesakit dengan adil kerana setiap perbuatan anda akan menjadi tanggungjawab anda kelak di akhirat.

p/s: saya takut nak pegi hospital kerajaan kalau macamni… carilah duit banyak2 supaya mampu pegi hospital swasta yang mana hak kita dijaga sepenuhnya.